Sunday, August 3, 2008

Proton Technology Day

Wow! Hari ini tamatlah sudah Proton Technology day kat kilang pengeluaran kereta Proton. Aku berkesempatan untuk meluangkan masa selama 2 hari berturut-turut kat situ dan ia pastinya cukup menggembirakan aku. Kelmarin, Pak Lah, perdana menteri Malaysia ada merasmikan program ini. Sesungguhnya pada pendapatan aku yang tak seberapa ni, program macam ni bagus bagi membuka minda masyarakat, rakyat Malaysia khususnya tentang pembuatan kereta. Selepas melawat Proton, barulah aku tahu yang rupanya kita punya ramai pakar dalam bidang pembuatan kereta ni dan kepakaran kita ini diiktiraf oleh orang luar juga. Tak sangka buah cempedak dah jadi nangka... Tahniah Proton dan warganya. Pelbagai pengetahuan yang aku dapati semasa lawatan aku ke sana.

Perjalanan masuk ke Proton bermula dari gate depan yang ada guardhouse tu, kemudian disebelah kirinya ada tempat makan, seperti KFC, Pizza Hut, ais kacang, dan macam-macam lagi yang aku sempat tengok. Pastu kat area situ jugak ada mainan untuk kekanak, ada pameran sikit dan tempat pendaftaran Daring Club secara percuma! Lepas jalan sikit lagi ada pertunjukan 'drift' oleh Tengku Djan Ley, alaa yang berlakon iklan Panadol Activfast tu hehehe... Tapi walaweh...dia punya drift tangkap lentok punya! Perghhh.... KAlau tengok memang tak rugi lah! Padanlah dia menang hari tu.... Pastu aku meneruskan perjalanan ke R&D, sebelum sampai ke R&D, aku bertemu dengan tempat main GO-Kart, tak dapat tidak aku kena gak main dulu hahaha... memula takut la pastu lepas dua tiga kali corner baring, aku naik sheikh laa... hahaha kemudian aku meneruskan perjalanan ke bangunan R&D. Wahh!!! cantik sungguh kat dalam dia.

Kat R&D, aku menuju ke Styling studio. Memula sekali kitaorang disajikan dengan pembuatan cla model, camana kereta yang telah di'sketch' dibentukkan menjadi ala-ala model sebenar menggunakan tanah liat. Tapi tanah liat ni sintetik punyalah. Kalau pada suhu biasa, ia keras macam batu, lepas masuk oven baru dia lembut. Best woo aku main tanah liat tu... hehehe buat karipap! Pastu aku tengok seat kereta yang canggih-manggih semua ada, ada stylist yang pandai melukis, dia lukis gambar kereta terus ke komputer daripada sebuah papan putih. Memanglah pandai! Pastu ada tunjuk kereta clay model MSX, GEN2 turbo diesel, Waja V6, dan lain-lain. Pastu aku ke bangunan Prototype tengok accesories kereta yang berteknologi tinggi. Kemudian bangunan tu tembus ke bangunan Powertrain. Kat sini aku belajar serba-sedikit mengenai engin. Aku sempat tengok engin 1.6L Campro, 1.6L IAFM, engin CPS, komponen-komponen engin dan yang paling aku suka tengok meter combination yang 3-D punya, dan satu lagi meter combination yang pancar kat windscreen. BEst tuu...Kemudian aku berpeluang masuk ke bilik ujian tahan-sejuk kereta, 10 darjah celcius tu! Best! Best! Lepas beberapa ketika buang masa kat situ aku terus ke bilik tayangan tengok kat mana kereta-kereta kebanggaan kita seperti, Waja, Persona, New Saga, Savvy dibawa ke luar negara untuk cold-test, hot-test. Banyak negara yang diaorang bawa kereta-kereta tu untuk diuji ketahanannya seperti Alice Springs, Australia, Sweden, Iran, Indonesia dan South Africa. YAng aku ingat la... Kemudian aku ke Engine & Transmission Lab, dapatlah aku sepatah dua kata ilmu hehe... Pastu aku ke Homologation & Testing lab, belajar pasal camana ujian untuk suspension dan seumpama dengannya diuji. Fuhh.. Pastu dapat ke test track untuk uji-pandu kereta dengan pelbagai cara panduan. Walaupun letih, tapi ia merupakan pengalaman yang paling berharga untuk aku. Akhir kata, tengoklah sekeping dua gambar yang sempat aku snap ;)



No comments: