Thursday, October 7, 2010

Rumah Terbuka Upin & Ipin

Pada 2 Oktober 2010, telah diadakan Rumah Terbuka Upin & Ipin di perkarangan Les Copaques production. Suasananya sangat meriah ;) Ramai kanak-kanak yang hadir. Bukan kanak-kanak saja yang meminati Upin & Ipin ni, remaja dan ibu bapa pon minat hehehe.... Dengar cerita, Upin & Ipin akan mementaskan teater muzikal pertamanya di Indonesia dengan lagu tema baru, Sahabat Selamanya nyanyian band terkenal Indonesia, Padi



Tidak ketinggalan juga, Upin & Ipin akan merealisasikan sebuah taman tema tidak lama lagi katanya. Huiiiihhhh dahsyat! Apa pun tahniah kepada Les Copaques Production. Terima kasih kerana membawa Malaysia ke setapak lagi maju di dalam bidang animasi.

Teater Muzikal Tun Mahathir

Assalamualaikum warahmatullah,

Salam Syawal,

Kita telah berada dipenghabisan Syawal dah. Semoga banyaklah dosa-dosa kita yang telah diampunkan Allah. Sepanjang bulan Oktober ni banyak sungguh peristiwa-peristiwa yang berlaku dan akan berlaku. Semuanya bakal melakar sejarah tersendiri di atas kanvas hidup. Salah satunya ialah Teater Muzikal Tun Mahathir yang telah diarahkan oleh Puan Rosminah Tahir. Ia satu penghormatan kepada Tok Det dan flashback sejarah bagaimana susahnya pejuang-pejuang terdahulu mendapatkan kemerdekaan. Kebanyakkan generasi muda sekarang tidak berminat dengan sejarah. Tak kiralah sejarah kampung sendiri ka, negeri sendiri ka, Malaysia ka, dunia apatah lagi la kan. Yalah bak kata orang tua-tua, celik-celik mata dah senang, ada lebuhraya, KLCC, pasaraya, hospital, elektrik dan air paip segala. Manalah depa nak tau betapa susahnya nak membangun sampai lagu ni. Ada yang tak pernah tengok pun ikan tu rupa macam mana, pasai beli kat supermarket dah tinggal isi, tulang pun tak dak. Tu diaaa.....

Nak membangun bukan senang, nak kena cari ilmu, belajar dengan orang baru kita boleh maju. Nak maju pulak bukan boleh sorang-sorang, nak kena ajak ramai-ramai barulah satu negara dapat merasainya. Nak synchronize semua orang kepada satu objektif pun bukan senang, namun berkat kesabaran Tok Det, tak lupa juga mantan perdana menteri-perdana menteri yang lepas, barulah kita dapat menikmati hasil seperti hari ini. Tapi tak ramai orang Malaysia yang pandai bersyukur. Memang dalam Al-Quran pun Tuhan dah cakap, manusia di akhir zaman ni memang tak reti nak bersyukur dan penyakit hasad dengki dan fitnah-memfitnah juga banyak. Cakap saja pandai. Kadang-kadang tu, dia bukan main cakap, tak sedar dia sendiri yang buat benda tak betul tu. Itulah pepatah pernah berkata, seperti meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri. Kita dok salahkan orang tapi kita sebenaqnya salah hehehe..... terkena jugaklah ke batang hidung sendiri kan. Bak kata Maher Zain, yes it is easy to blame everything on west but the focus should be on ourselves. Ya Allah hindarilah kami dari penyakit-penyakit pelik zaman ini. Amin!



Tok Det atau Tun Mahathir banyak berjasa kepada kita. Kadang-kadang hairanlah pasai apa ramai sangat yang benci dengan Tok Det ni. Apa yang dia dah buat sampai teruk sangat sampai depa benci kat dia? Mengata sana, mengutuk sini, marah sana, marah sini.... kita dok mempersoalkan dia buat itu dan ini, yang kita, kita dah buat apa dah kat negara kita?? Dan setakat hari ini, Tok Det dah kacau kehidupan kita sampai takat mana dah?? Dia dah membuka peluang pekerjaan kat kita semua, kita tak kenang pun. Memang lah bukan dia yang bagi rezeki, tapi Allah bagi melalui dia. Kita kena bersyukurlah. Bukan semua dia cakap betul, dan bukan semua dia cakap juga salah. Samalah macam kita. Jadi kita pakat-pakat lawan bersyukur. Tok Det dah melalui kehidupan dari zaman British, Jepun dan komunis. Susah..... sejarah untuk diimbau supaya dapat dikaji kelemahan dulu dan jangan diulang semula. Bukan kita nak suruh hidup dalam kenangan.

Daripada teater muzikal ini juga kita dapat yang Tok Det rupanya suka berniaga juga pernah bercita-cita nak jadi peguam rupanya :) Walaupun cita-cita Tok Det bukan doktor namun beliau tetap belajar bersungguh-sungguh. Itulah bezanya dengan anak muda zaman sekarang. Selama dua hari berturut-turut (6 dan 7 Oktober 2010) tengok teater muzikal ini, dapatlah disimpulkan disini, teater ini memang memberi manfaat dan maklumat kepada penonton sekalian. Fahamlah apa yang tersirat dan tersurat tentang Tun Mahathir Mohammad supaya kita tidak salah menafsir. Jemputlah hadir beramai-ramai memeriahkan Istana Budaya.
Akhir kata, siapa pun kita, kita berpijak dibumi Tuhan, kita lahir dari titisan yang kalau jatuh ke tanah, ayam tak patuk, itik tak sudu. Terima Kasih Tun Dr. Mahathir!!!

Wallahua'lam