Thursday, November 27, 2008

J'ai sommeil...je veux me coucher


Je suis entraine de regarder aux videos de Dennis Joseph O'Neil et Daniel Philip Henney quand j'ai sommeil! Tous les deux sont les acteurs de Corée. Ils ont une mère coréenne et un père caucasien. Et ils sont trés beaux! Mais j'adore la béauté de Dennis plus que Daniel. Actuellement Daniel est charme comme Dennis mais heureusement, Daniel a charismatique, charme, espiègle, gai, et a mûri. Je ne peux pas continuer car je suis trés endormi!

Dennis O'Neil
Daniel Henney






A Bientot!

Thursday, November 20, 2008

Afgan Live @ Sg Wang Plaza


Hari ini aku telah berkesempatan bertemu dengan Afgan seorang penyanyi muda dari Indonesia. Aku terberkenan ngan suara dia ni bila first aku dengar lagu dia KepadaMU ku bersujud kat Ikim.fm, lirik lagu tu satulah yang menangkap perhatian otakku pastu suaranya tu satu lagi... Kali kedua aku dengar kat Hot.fm, Terima Kasih Cinta. Perghh.. yang ni tangkap lentok wa caya sama lu ah! LOL
Melihatkan Afgan mengingatkan dia kepada adik lelakiku. Pemalu tetapi berbakat. ;) Suaranya memukau...sedap sungguh! Kalau mendengar suaranya kita takkan percaya yang budaknya muda lagi hahaha aku pon dah tertipu. Itulah kebesaran Tuhan, mengurniakan seseorang dengan anugerah yang tiada akan tercapai oleh manusia. Kita ingat dengan pemberian wang ringgit, harta benda yang mewah kita dah memberi suatu anugerah yang tidak ternilai namun takkan terbanding dengan anugerah yang Allah berikan. Walau satu tapi memang mantap, dahsyat dan seumpama dengannyalah.




Pastu terjumpa si keding Reza plak kat situ hehehe... Amboi buat-buat tak kenal... jangan buat banyak kontrolbesi Reza!! Hahaha... Apa pun semoga berjaya dimana jua berada!
19 November 2008

Wednesday, November 12, 2008

Dahi cecah ke sejadah

Sajak kegemaranku yang selalu berkumandang kat IKIM.fm

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah,
Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru,
sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta,
Takhta dan putera Isteri,
kad kredit dan kereta Kondominium,
saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.