Saturday, July 26, 2008

MOnolog aku & Tuhan: Subhanallah hi wabihamdih, subhanallah hil 'azim



Sejak kebelakangan ni, aku rasa diri aku lain laaa... Namun aku bersyukur sebab Tuhan masih dan selalu sayang kat aku walaupun aku selalu melupakan Dia. Diulang SELALU. MEmang teruk aku ni... Namun begitu, terima kasih Tuhan sebab walaupun aku begitu dan begini, Engkau masih nak memakbulkan doa aku. Aku malu dengan Kau Ya Allah! Memang aku ni tak malu sungguh. Namun begitu, aku tetap mohon dengan Engkau supaya jangan tinggalkan aku dan terus memberi petunjuk kat aku supaya aku tak sesat. Aku percaya denganMu, sungguh aku percaya!! Walaupon ada sesetengah orang tu tak percaya,walau dia menunaikan kewajipan dia tapi dia tak percaya. Aku pon tak faham.... Mungkin kerana ia suatu kewajipan maka dia buat atau mungkin kerana orang lain buat dia pon buat tanpa memahami kenapa dia perlu buat. Lalu tanpa disedari dia tidak peduli nikmat-nikmat yang Engkau berikan kat dia dan tidak bersyukur. Lalu dia menyakiti hatinya sendiri dan orang lain..... Aku pon suatu ketika macam tu, aku tak salahkan mereka.... namun aku nak berubah dan aku berdoa agar mereka tu pon diberi hidayah jugak. Tapi mungkin jugak ia salah satu ujian buat aku dan mereka ini. Jika memilih untuk hanyut, maka akan begitulah kita, aku memilih untuk berubah dan aku harap Allah akan bantu aku dan sememangnya Dia bantu.... ;) Alhamdulillah......... Terima Kasih Allah! Terima kasih ya Rasulullah...

No comments: