Saturday, July 19, 2008

Lupakan yang lama....


Hari ni Sabtu, amboi leganya kalau tiba weekend ni, boleh lepak-lepak kat rumah. Tapi tu la... kadang-kadang satu hari dok rumah boring jugak, almaklumlah tak diisi dengan aktiviti. Kita biasa keje kan ;) So nak buat apa ek hari ni, aku ingat nak pegi berenang... hehehe baik untuk kesihatan tu dol. Tetambah untuk sesapa yang ada asma ke, bronkitis ke... sekurang-kurangnya berenang ni takdelah penat sangat cam berlari ke, senamrobik ke hahaha nak jugak tu carik senaman yang tak penat hahaha... ada ke??? Boleh laa orang kata daripada tak buat kan! Hmmm pagi tadi aku ngan member aku pegi lah berjalan sekitar kompleks sukan kat kawasan kejiranan, nak carik port untuk berenang la katakan, sekali terjumpa lak buaian, alamak! dah lama tu tak main buaian. APa lagi, dengan tidak berlengah-lengah aku dengan member aku hentam main buaian tak ingat hahaha dah berpuluh tahun tak naik tu!!!! Perghhh rasa release tension jap naik buai laju-laju tu hahahaha patutlah bebudak happy jek kalo naik buaian.... BEstnya kalo dapat kembali ke alam kanak-kanak, masa tu happy je apa pon tak pikir, bila besar ni cam susah plak nak cari happy ni kenapa ek??? atau happy tu dah ditukarkan jadi ketenangan sepatutnya? Ishh banyak pulak soalan aku ni. ;) Hmmm... manusia... manusia... napelah asik nak tanya itu tanya ini dan asik tak berpuas hati dengan hidup. Aku pon tak tau gak sebab aku tak tau apa-apa. Bila aku nak tau pon aku tak tau tu pasal agaknya member, si Tok Malim Pelita tu asik masuk dalam baldi jek nak carik diri dia sendiri. Entah dia jumpa ke tak diri dia dalam alam baldi tu. Aku plak tak muat nak masuk lam baldi, mungkin dalam besen boleh kot hahaha.... Oklah makin lama aku tulis makin melalut daaaa... lebih baik aku menyiapkan diri nak jumpa Dia nan Satu tu..... Kekasih awal dan akhir. Apa pon korang jangan lupa doakan yang terbaik sesama kita. God Bless!

No comments: