Tuesday, July 22, 2008

Annual Report cover gurl!!

Hari ni, 22 Julai 2008, aku rasa bertuah sangat sebabnya pagi tadi tetiba member aku call suruh aku pegi photo shoot untuk cover annual report company kitaorang. Tergamam gak aku dengar, pehal plak aku ni plak dipilih jadi sedangkan sepanjang beberapa tahun dah aku keje kat situ takdeplak dorang penah terpikir nak mengkaverkan aku sebelom ni hahaha.... LAwak betol! Tapi takpe aku pegi gak ngan sorang kakak opis aku sebab dia pon turut tercalon hehehe... Dengan memalu kucingnya kitaorang berjalan lah menuju ke destinasi. Sesampai kat sana, kitaorang tengok bos-bos je ramai. Kitaorang kecut perut gak, yelah pesal plak ramai benor bos ni hehe... kitaorang ni kuli-muli jek... nak naik pangkat ke hape hehehe... tapi tak kesahlah, kitaorang pon berkecimpunglah dengan dorang. Dipendekkan citer, tengah kitaorang berborak menantikan arahan fotografer tu, tetiba muncullah sorang mamat yang tinggi lampai lagi hensem. Aku pon cakap kat kakak opis aku tu, "Eh cam kenal jek mamat ni, tapi kat mana ek penah tgk dia?" Rerupanya, dialah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan Malaysia yang pertama tu. Terkejut kitaorang tgk dia kat situ, pe kena-mengenanya ngan foto shoot tu aku pon tak tau dan takmo ambik tau hahaha yang penting dia ada kat situ. So aku dengan sopan santun sound la bos kat depan aku suh tepi sikit, aku tak nampak mamat tu, skali bos tu sound aku balik dengan kuatnya, "Awak niii giler glemer betol lah!!", Hampeh betoi!!!! Malu aku! Aku tak tau orang dengar ke tak tapi memang hampeh lah!! Rasa cam nak bagi dia makan jek kasut aku masa tu hehehe tapi takleh sebab ramai tu orang campur ngan Dr. tu so aku decide utk diam jek... Dengan tetiba fotografer cakap, " Dato' could you please stand in the middle?", so mamat tu jalan la ke tengah, yang mana lokasinya adalah disebelah AKU!!!!!!!!!!!!!! Terpaku bos yang menge"sound" aku tadi. Tu la sekarang Tuhan tak main la tunggu-tunggu, Dia balas cash. Kecepuk depan muka! Dah masa tu aku pulak lembut lutut hahahaha.... Tapi ok Dr tu cool la... So aku pon lek lek je la... ;p Dan foto shoot tu berjaya lah disiapkan dalam masa yang agak singkat sebab nak hujan pon lepas tu. Pendek kata, aku puas hati la.. sebab tak penah mimpi pon nak jumpa atau berdiri sebelah angkasawan negara yang tinggi lampai tu. ;) Papepon aku tulah bersyukur gak aku, sebab tak pepasal dipilih untuk bersama-sama menjayakan foto shoot tu! Terima kasihlah kepada ahli komiti yang bertanggungjawab. You know who you are! And for Oncle Bwob Dewan, thanks for the jokes! We miss your jokes Bwob back there in our office ;) Ohh... gambar ni untuk tatapan bersama..



No comments: