Tuesday, June 4, 2013

Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid: Jelajah Cinta Rasul Nottingham & Leed 2 Jun 2013


Bersemuka dengan saudara-saudara saya yang seagama dan yang hauskan ilmu maka seharusnya kita merespon kepada seruan adalah merupakan satu wasiat daripada Rasulullah s.a.w. bilamana didatangi seseorang yang ingin menuntut ilmu, maka para sahabat diwasiatkan berkata kepada orang tersebut, "ahlan bi wasiati" iaitu selamat datang kepada orang-orang yang Rasulullah s.a.w. mewasiatkan kami untuk merespon. Baginda s.a.w. sendiri bersabda berkenaan dengan ilmu, "innama bu'istu mu'alliman" ("sesungguhnya saya ini diutus Allah sebagai cikgu"). Kata-kata ini diucapkan setelah suatu kejadian dimasjid, ketika itu baginda sedang menjadi imam solat. Di belakang baginda ada seorang badwi telah bersin dan dia sendiri telah berkata Alhamdulillah dan Yarhamkumullah. Di dalam solat kita tidak boleh bercakap kecuali berzikir kepada Allah. Jadi perbuatan badwi tersebut menyebabkan sahabat-sahabat yang lain melirik kepadanya dengan pandangan yang sinis sebagai teguran kenapa bercakap didalam solat? BAdwi itu juga berkata,"kamu tengok-tengok aku pasal apa?". Para sahabat yang memahami tentang solat menepuk-nepuk tangan sebagai isyarat (kamu berhentilah bercakap). Maka bilamana badwi tersebut mendengar begitu ramai sahabat yang bertepuk tangan, maka barulah dia faham bahawa dia tidak boleh bercakap. Selepas selesai solat, nabi s.a.w.bersabda, "bahawa didalam solat kita tidak boleh berbuat apa-apa melainkan berzikir, membaca ayat-ayat suci Al Quran, dan diakhir dengan salam. Selain daripada itu tidak diperbolehkan." Maka Badwi itu pon menjawab, "selepas ini saya tidak akan mengulangi perbuatan tersebut". Nabi s.a.w. pon bersabda, "Tidak diutuskan aku ini melainkan sebagai guru". Apa tugas guru? Tugas guru ialah mengajar, memberitahukan, meluruskan apa yang tidak lurus. Keutamaan ilmu itu sendiri dilakukan secara praktikal oleh Rasulullah s.a.w. Beliau juga menghadiri majlis ilmu walaupon yang mengajar itu orang lain. Di masjid Rasulullah s.a.w., ada 2 majlis, 1 majlis zikir dan 1 lagi majlis ilmu. Ditanya, yang mana lebih baik? Maka Rasulullah s.a.w. mengatakan, "yang ini (majlis ilmu) lebih baik". Lalu baginda bersabda, "sesungguhnya aku diutuskan sebagai cikgu".

Apa saja ilmu yang dicari, pada hakikatnya adalah bukan kembali kepada ilmu itu sendiri untuk didapat tetapi untuk apa ilmu itu setelah didapat. Fokus mencari ilmu itu bukan sijil yang didapati, atau sudah berapa kepakaran yang dikuasai tetapi melihat kepada untuk apa didapati ilmu itu dan akan dipergunakan untuk apa kepakaran atau ilmu yang didapati. Ini akan kembali kepada niat kita dalam mencari ilmu kerana tidak ilmu yang ada diatas muka bumi ini kecuali ilmu yang datang daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Didalam hidup ini terdapat kepelbagaian yang kita nampak dan realiti yang berbeza didalam pelbagai urusan dan permasalahan. Di antaranya ialah masalah umur dan usia. Ada masa kanak-kanak, muda dan tua. 3 peringkat ini telah disebutkan dalam Al Quran secara khusus. Pada hakikatnya proses penciptaan manusia lebih daripada 3 peringkat umur yang disebutkan tadi. Ia dimulakan daripada kita tiada (berapa lama ketiadaan itu kita tak tau), bermula umur (ketika kita berada dalam janin, dalam hadis bersabda maksudnya seseorang itu dicipta dari air seni/mani selama 40 hari, 40 hari menjadi dimasukkan darah, 40 hari lagi menjadi seketul daging), selepas itu barulah ditiupkan ruh pada janin selepas 120 hari (pergerakan pada manusia dalam usia 120 hari, dan diperintahkan 4 perintah:

             1) menulis ajalnya,
             2) menulis rezekinya
             3) menulis amalnya
             4) menulis nasibnya (adakah baik penghujungnya)

Bermula fasa kedua (selepas ditiup ruh), ialah pertumbuhan badan, jari, kuku, rambut, kaki, tangan, mata, hidung, telinga. Allah s.w.t. berfirman: Kami (Allah) mengeluarkan kamu thiflan (bayi), tidak mampu berbuat apa-apa dan bergantung kepada orang tua/orang yang membimbing kepada anak itu. Kita kalau lihat kepada yang paling manja dan perlu diberi perhatian ialah manusia. Kita kalau tengok haiwan, lepas lahir saja ibunya sudah paksa anaknya berdiri/berjalan/terbang. Manusia ialah makhluk yang lemah tetapi ada keistimewaan yang diberi Allah s.w.t. iaitulah akal. Manusia selepas lahir, menyusu sehingga usia 2 tahun, kemudian berapa tahun perlu diberi perawatan sehingga anak itu boleh mengurus diri sendiri. Kalau sekarang masalah kahwin pun orang tua kadang-kadang masih turun padang. Manusia adalah makhluk yang lemah tetapi diberi keistimewaan daripada kekuatan akal yang tiada pada makhluk yang lain. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang paling baik akalnya (pemahamannya). Pernah ditanya kepada Rasulullah s.a.w. "Ya Rasulullah, mana yang lebih baik? Orang yang banyak tidur kurang ibadah atau yang paling banyak ibadah kurang tidur?" Dijawab Rasulullah s.a.w. " Yang paling baik ialah adalah yang paling berakal". Ia tidak dikira berapa banyak tidur atau beribadah. Tetapi sejauh mana akal orang itu ketika tidur dan sejauh mana dia faham  menggunakan akalnya ketika beribadah. Dia tidak melihat daripada zahir perbuatan seseorang itu iaitulah kuantiti. Dia melihat kualiti sesuatu ibadah bukan kuantiti.


No comments: