Sunday, June 9, 2013

Mengapa surau/masjid kita lengang?

Ramadhan akan kembali lagi. Diharap perkara dibawah tidak diulangi.

Info ini didapati dari Radio Radio IKIM

Mengapa surau dan masjid kita lengang diakhir Ramadhan?
1) Umat Islam diserang penyakit Al-Wahnu (cintakan dunia)
Ada suatu hadis (tak sempat nak salin hadis apa) menceritakan:
Ada suatu hari nanti, masjid2 akan menjadi kosong. Sahabat bertanya kenapa wahai
Rasulullah? Adakah kerana bilangan kami sekarang yang sedikit? Rasulullah menjawab, tidak.
Diakhir2 nanti, umatku lebih ramai tetapi kebanyakkan mereka diserang al-wahnu lalu
2) Ramadhan dikaitkan dengan pahala berganda. Sedangkan hari-hari biasa juga kita dapat pahala, lalu apakah selepas Ramadhan kita tidak perlu kepada pahala itu?
3) Masjid lebih banyak dibina lebih banyak daripada pembinaan solat itu sendiri di dalam masjid
tersebut
4) Ramadhan dilayan seperti pelancong. Tiada Ramadhan tiadalah pelancong.
5) Pada masyarakat manusia dan barang (material) itulah punca kebahagian mereka bukan lagi Allah Azza wa Jalla
6) Kita tidak istiqamah
7) Maksiat yang menutup mata hati
8) Radius (persekitaran) diri kita yang buruk. Mereka ini yg datang ke surau kerana juadah saja seperti kanak2
9) Mereka hanya mengejar rakaat, kerana
10) Sistem masjid dan surau yang tidak efektif tidak menarik makmum ke masjid

Seandainya mereka mengetahui betapa pahalanya ke masjid, pasti merangkak pon mereka akan kesana. Namun pada akhirnya sudah pastilah persekitaran yang membentuk komuniti masjid/surau disesuatu tempat. Mereka berasakan masjid/surau itu hanya tempat untuk beribadat sahaja. Memang benar ia tempat beribadat. Namun apakah definisi ibadah itu? Sebenarnya banyak lagi yang belum kita ketahui. Carilah ilmu. Carilah ilmu. Carilah ilmu. Jangan malas. Kerana itu perangai syaitan.

No comments: