Monday, February 3, 2020

Aku Tak Faham (pos 13 Jun 2004)

Hmmm...
Sedap juga layan lagu-lagu lama ni...
Sambil menghirup kopi bercampur udara segar
Tiba-tiba aku terfikir...
Fikiran yang hanya aku yang tahu...

Dunia terus berputar
Biar apa-apa pun yang berlaku didalamnya
Dan aku...
Aku pula tetap meneruskan
Perjalanan kehidupan yang baru nak bermula
Hmmm...letih bercampur penat
Memerhatikan gelagat manusia
Yang....entah lah

Terkadang aku diatas dan terkadang aku dibawah
Namun aku tetap bersyukur menjadi seorang umat manusia
Yang normal...
Namun aku tak faham...
Mengapa pabila sesetengah manusia diatas
Dia bongkak dan entah apa-apa lagi panggilan untuk itu...
Padahal kejayaannya itu bukan apa-apa pun
Ada pula bila dapat bersaing dengan manusia-manusia terkenal pun
Sombong...
Aku tak faham...
Seronokkah?
Apa yang dia dan mereka dapat?
Ish..ish...ish...
Kasihannya...

Agaknya mereka lupa
Dunia ini hanya sementara
Sudirman pun sudah kembali mengadap Allah
P Ramlee lagi dulu....
Bukan mereka saja...
Tun Hussein Onn pun sudah..
Lepas ni siapa?
Mungkin aku, kau ataupun kita...
Jangan lupa....

Aku juga tak faham....
Manusia bila kerja besar-besar
Juga sombong...
Walhal lagi besar jawatannya lagi besar dugaannya
Aku tak faham...
Dia patut lagi rendah diri dan takut
Kerana dosa yang perlu ditempuhi dan ditanggunginya
Lagi hebat....
Tapi dia bangga pula

Hmmm...entahlah
Sekarang aku faham...
Kata-kata bapaku
"Sastera itu Islam"
"Orang yang mendalami sastera itu jiwanya halus, jiwanya seni"
"Islam itu juga terdapat di dalam sastera"
"Apabila jiwanya halus...dia sangat sensitif dengan isu-isu keagamaan, persekitaran dan kemanusiaan"
"Pasal itu budak-budak zaman dulu tidak bakar sekolah, orang-orang tua dulu menegur dan memuji anak orang seperti anak mereka sendiri"
Dan "orang dulu-dulu rendah diri biarpun sekarang dia sudah menjadi orang besar, ternama dan terbilang....sudah lah begitu tercatat namanya dalam sejarah"


Orang sekarang....walau kejayaannya tidaklah apa-apa
Tapi sombong, bongkak kerana hal yang sedikit cuma
Kenapa?
Ish..aku masih tak faham...


~LayarLara~

No comments: