Thursday, September 25, 2008

Lagi 5 hari saja....

Hari raya bakal menjelma lagi, lalu bagaimanakah kita akan menyambutnya? Adakah sama seperti tahun-tahun yang lepas atau tahun ini bakal menyaksikan suatu perubahan impak daripada akademi Ramadhan? Banyak kali dalam ceramah aku mendengar para ustaz menyebut yang Ramadhan ini sebenarnya merupakan satu akademi/platform yang dianugerahkan Tuhan untuk kita membersih dan menyucikan diri dari dosa sementara syaitan-syaitan diikat. Sebenarnya untuk bantu kita jugak. Yelah 11 bulan tetiap tahun sampai dah berapa dah umur kita dok asyik together-gether dengan depa saja. Tuhan nak la tolong kita tambah pahala dan kurangkan dosa plak. Tapi tu la kata ustaz Zawawi Yusof, Syaitan ni ibarat penjajah la... macam British jajah kita dulu, walaupun depa dah lama dah tinggalkan negara kita tapi makan kita, pakai kita, cara bercakap kita, masih lagi sama macam orang putih jugak. Sebab apa jadi macam tu? Sebab nafsu... Nafsu bila dah terdidik dengan syaitan, dan tidak diberikan makanan rohani untuk kembali kepada fitrah maka jadilah manusia-manusia yang lupa akan nikmat Allah atau kufur akan nikmat Allah lalu mereka melakukan maksiat dan enggan kembali bersyukur kepada Allah. Dan golongan ini terus melakukan maksiat biarpun di bulan mubarak lagi mulia. Dan ada pula yang puasa tapi meninggalkan suruhan Allah jua lalu puasanya itu tak dapat apa-apa selain lapar dan dahaga. Tak sedih ka? Puasa penat-penat,pastu dah la tak dapat pahala, dosa lagi ada lah! Dan bila hati tu tak terdorong kepada perkara kebaikan, sampai bila sebut nama Allah pun tak rasa gerun maka jaga-jagalah tuan-tuan dan puan-puan..... maksudnya Allah dah tak bagi perhatian kat kita pasal kita tak mintak pun Dia bagi perhatian kat kita lalu kita akan tergolong dalam golongan orang yang tidak diberi hidayah dan akan sesatlah selama-lamaya. Tau-tau kena azab kubur dah! Na'uzubillah... Janganlah kita termasuk dalam golongan tu. Azab-azab Allah ni jangan buat main. Baca dalam Al-Quran pun dah cukup gerun dah... Bukan takut tau, ini peringkat gerun... Kadang-kadang aku hairan lah mentaliti orang kita ni, kalau orang tu pernah belajar di sekolah agama, di Timur Tengah atau belajar mengenai bab-bab agama, maka memang patutlah dia jadi alim, dia melakukan perkara keagamaan, baik, suka mengaji Quran dan sebagainya. Habih yang dia tu Islam jugak, tak perlukah dia cari ilmu pasal agama walaupun dia tidak bersekolah agama, walaupun dia tak sambung belajar di Timur Tengah? Kekadang ibubapa pun berfikiran macam tu. Aku memang pelik bin hairan lah sampai hari ni... Tolonglah ubah mentaliti macam tu naa... siksa kubur, api neraka tak kira orang tu pernah sekolah agama ka dak... maka marilah sesama kita mencari ilmu dan memperbaiki diri kita agar tidak termasuk kita dalam golongan yang dimurkai Allah... Na'uzubillahi min zalik!

Hari raya sebenarnya nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh berpuasa, memperbaiki diri, mencari keredaan Allah untuk menjadi insan yang bertakwa sebagai hadiah kemenangan menentang nafsu didikan syaitan BUKAN orang yang kalah dengan nafsunya sendiri. Oleh itu, puasa tinggal 5 hari sahaja lagi, bersama-samalah kita mencari malam Lailatul Qadar. Ganjarannya memang tak nampak sekarang dengan mata kasar, esok-esok kat Padang Mahsyar tau lah kita kat mana berharganya puasa-puasa kita dan malam Lailatul Qadar.

Bagi mereka yang berusaha bersungguh-sungguh, Selamat kembali ke Fitrah pada 1 Syawal nanti, semoga keberkatan bulan Ramadhan dapat dipanjangkan ke 11 bulan lain lagi dan menjadi titik permulaan hijrah kita untuk menjadi muttaqin. AMIN!

No comments: