Monday, September 29, 2008

2 hari sebelum Aidil Fitri

Sempena hari raya yang barakah ni, janganlah kita lupa kepada mereka yang tidak bernasib baik, kita mungkin tak boleh nak jumpa mereka atau bantu secara terus, dalam lain kata, kita boleh doa kat mereka ni. Mohon semoga dosa-dosa mereka dan kita diampunkan dan semoga Allah bantu mereka untuk memulihkan tempat tinggal mereka, dimurahkan rezeki untuk bangun semula dan semoga diberi kekuatan dan hidayah untuk menegakkan agama Allah iaitu lah Islam. Aku pun selalu jugak lupa akan keperitan orang lain dan itulah sebablah aku suka tengok video-video macam ni supaya ia dapat menyedarkan diri akan peranan manusia dibumi Allah ini dan janji kita kepada Allah sewaktu kita di alam roh dulu. Dalam salah satu ceramah Ramadhan yang dibuat kat ofis aku tu, ustaz ni ada kata, dalam setiap manusia secara semulajadinya memang ada sifat-sifat kebaikan, cumanya bezanya sama ada kebaikan itu terus disuburkan ataupun diganti dengan keburukan.



Sesungguhnya azab Allah memang pedih, itulah sebabnya kita mesti berpesan-pesan dan sentiasa mendidik hati kita, memberi hati-hati kita makanan rohani supaya tidak ditimpa kesusahan dan bala bencana dari Allah S.W.T. Sebab apa gempa bumi terjadi? Ustaz kata dalam Al-Quran pun ada sebut, Allah suruh gunung-ganang bergoncang untuk menyedarkan manusia yang bergelumang dengan dosa dan maksiat. Mintak maaf, aku tak ingatlah ayat dan surah apa. Ada tulis hari tu, tapi note tu mungkin terselit dalam buku mana-mana. Maksudnya adalah kesilapan yang dilakukan oleh umat manusia di kawasan tersebut lalu Allah turunkan bala. Mungkin yang buat maksiatnya sikit tapi disebabkan tidak mengingatkan antara satu sama lain maka Allah murka. Itulah sebabnya kita kena selalu ingatkan kawan-kawan, sahabat handai, saudara-mara dan ahli keluarga tentang tanggungjawab kita sebagai khalifah di atas muka bumi ni. Na'uzubillah azab Allah ni amat berat, tak payah nak bayangkan tengok saja tragedi-tragedi yang berlaku di seluruh dunia. Sedih.... Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.. sob..sob...sob... Kesian... dah la comel-comel budak-budak tu... sob..sob...sob...

Oleh itu, sambutlah pesta kembali ke fitrah kita ini dengan penuh keinsafan dan tawaduk. Semestinya kita akan melakukan banyak perkara-perkara sunat tanpa kita sedari seperti solat hari raya, bersedekah, menziarahi kubur, sanak dan saudara, bermaaf-maafan antara satu sama lain, menjamu fakir miskin, dan macam-macam lagi. Eloklah kerana namanya pun hari raya aidil fitri (kembali ke fitrah) iaitu kembali menyucikan diri sepertimana ketika kita bayi dulu. Maka janganlah kita cemar kesucian hari itu dengan bergaul sesama bukan muhrim sembrono saja, bertepuk bertampar, meraikan dengan arak dan makanan-makanan yang haram, sibuk berziarah sampai lupa solat fardhu, mengumpat dan macam-macam lagi.

Bersederhanalah... Ini bukan cerita orang saja, aku pun sama jugak. Jadilah aku pun mengingatkan diri sendiri jugak. Bila kita ingatkan orang, kita pun akan ingatkan diri sendiri. Sewaktu pergi berziarah tu bawaklah kain pelikat, telekung, sepersalinan kot-kot kotor ke baju yang dipakai. Senang nak solat bila masuk waktu. Setlah "alarm" henfon tu waktu-waktu solat supaya tak leka berbual. Kalau yang dalam perjalanan tu boleh singgah masjid ke R&R ke untuk solat. Satu lagi jangan lupa bayar zakat. Ziarahlah sesiapa yang susah dikawasan kampung atau kejiranan kita tu. Kesian kat depa.... Kalau kita tak kesian dan sayang kat depa sapa lagi?

Kita dah puasa elok-elok, selama 30 hari, mengaji/menghafal Quran, setiap malam berjemaah di masjid, setiap hari dengar ceramah, berzikir, makan buah kurma, maka tak usahlah kita rosakkan amalan-amalan tersebut. Apa yang lebih baik, teruskan sampai kita bertemu lagi Ramadhan (Insya Allah, kalau diizinkan Tuhan).

Ramadhan masih berbaki 2 hari lagi. Teruskan pencarian malam Lailatul Qadr. Sayang... ganjarannya seperti 1000 bulan beribadah. 1000 tahun hidup pun belum tentu boleh dapat pahala 1000 tahun beribadah.

Ok naa, balik kampung baik-baik... Tak payah laa nak pecut laju-laju. Lambat memang lambat dah. Rumah tu dok kat situ la jugak tak pi ke mana pun. Bukan apa setakat hari ni kes kemalangan dok meningkat, itu tak raya lagi. Ingatlah kat orang-orang yang kita sayangi. Ikut peraturan, tak payahlah dok marah-marah, dan berwaspadalah dengan pemanduan orang lain jugak. Bukan apa, kadang-kadang kita bawak kereta memang dah berhemah dan ikut peraturan dah tapi orang lain yang punya perbuatan, tak pasal-pasal kita pon kena.

Bacalah doa naik kenderaan dan mohon dijauhkan dari mudarat ("Bismillah hil lazi la yadhurru ma'as mihi shai un fil ardhi wala fis sama i wa huwas sami'ul 'alim" - Dgn nama Allah, tiada sesuatu pun yang boleh memberi mudarat kepadaku dibumi dan juga dilangit dengan berkat namaNya (Allah), dan Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui). Harap korang boleh baca doa yang ditulis dalam rumi ni ;)

No comments: