Friday, September 26, 2008

Di malam-malam ganjil yang terakhir Ramadhan ni...

Alhamdulillah selesai sudah majlis khatam Quran kat mesjid tadi. Seronok juga ya tadarus baca ramai-ramai ni, disamping dapat kawan-kawan baru, mengeratkan silaturrahim dapat jugak pahala dan habiskan semua juzuk dengan cepat. Walaupun aku tak join tadarus lagi tahun ni sekadar jadi penunggu dan pemerhati namun aku tetap dapat tempias-tempias daripada orang yang bertadarus tu ;) Alhamdulillah... Harap-harap aku dapat bertemu dengan Ramadhan lagi tahun depan suapaya aku dapat join tadarus ni dan mendapat kemenangan yang lebih besar lagi berbanding tahun ni. Apa pun, masih berbaki beberapa hari lagi Ramadhan, maka sempat lagi kita nak memohon keampunan dan kasih sayang Allah yang banyak tak terkira tu... bukan apa Ramadhan ni ganjaran Allah lebih mega berbanding bulan-bulan lain. Jadi sayang kalau terlepas. Manalah tau, kita takkan berjumpa lagi Ramadhan tahun depan. Mengingati mati itu bagus, supaya kita sedar diri yang kita adalah roh yang menumpang dalam jasad yang dipinjamkan oleh Allah. Macam mana pun kita, berjaya atau tidak kita tetap akan dihisab dan diazab kelak. Kecualilah orang yang bertaqwa, dia akan mendapat pertolongan daripada Al-Quran yang dibacanya selalu, amalan-amalan sunat yang di'top-up'kan takut-takut yang fardunya tu ada rompong-rompong sikit... Jadi semua amalan-amalan baik yang kita lakukan atas muka bumi Allah akan membantu kita kelak kalau kita buatlah bukan duit, bukan pangkat dan bukan kebanggaan.... Tapi tulah Allah memang dah janji kalau sapa taat kepada Dia, di dunia lagi Dia akan bantu, bukan takat di akhirat saja. Tu pasal kita tak pernah jumpa orang alim yang susah hati, yang berdukacita, hidup dalam belenggu hutang, kosong dan sepi jiwanya, sentiasa gelisah, bosan, dan macam-macam lagi. Pasalnya dia taat dengan Allah maka Allah bantu lah dia! Aku dulu pun mengalami perkara-perkara lalu aku ambik keputusan nak cuba dekatkan diri balik dengan Allah dan tengok apa jadi, maka Alhamdulillah aku kembali ceria dan barulah aku rasa hidup aku ni ada matlamat, pengisian dan penuh saja. Tidak kosong macam dulu. kalau tak percaya, cubalah.... ;)

No comments: