Wednesday, January 30, 2013

Monolog dari hati part 2

Assalamualaikum dan selamat pagi,
Amboihhh dah lama tak tulih bahasa Malaysia loghat Kedah aihh... rasa macam nak merepek sikit hari ni. dan bahasa ibunda lah yang paling afdal kalo nak merepek kan hehe... Hari ni kurasa nak bercerita tentang apresiasi. Apresiasi ni apa? Dalam perkataan lainnya, ia juga bermaksud penghargaan, tanda berterima kasih kasih kita pada seseorang, sesuatu. Atau lain interpretasinya ialah bersyukur lah! Kita berterima kasih kat makhluk sebagai tanda bersyukur kepada Allah Ta'ala. kan kan kan! Kalau salah sesapa (hello? hello? ada orang dak?) tolong betoikanlah no...

Ku terpanggil untuk menulis tentang penghargaan ni kerana terlihatkan diriku dan persekitaranku yang semakin jarang menghargai makhluk lalu terlupa tentang Tuhannya. Kekadang kita terpanggil berbuat kebaikan kepada orang lain, tetapi kebaikan kita itu disalahertikan orang orang yang dibantu lalu kita dihina atau diketepikan atau tidak dipedulikan dan macam-macam lagi. Kita buat apa? Kita kena sabaqqqq... sampai bila kita kena sabaq? Bak kata Ustaz Pahrol Juoi bila ditanyakan tentang hal ini kat ikim.fm, apa kata beliau? Katanya, "sampai bila-bilalah.." Tersenyum ku dengaq. Bak kata orang Kedah pulak, takpalah biaq orang buat kat kita, jangan sesekali kita buat kat orang naa. Situasi ini tidak menghargai ini berlaku didalam banyak peringkat kehidupan tak kira bangsa, umur, agama, dan sebagainya. Biasa kita lihat contoh yang glemer dalam tv dan berlaku jugak dalam kehidupan sehari-harian, anak derhaka pada ibubapa, sebab apa? mungkin kedua-dua pihak ibubapa dan anak tidak menghargai antara satu sama lain, atau anak tidak menghargai ibubapa. Ada banyak jugak kes sebaliknya yang kadang tidak kita sedari, iaitulah ibubapa derhaka kepada anak seperti kata Ustaz Zahazan dalam majalah Solusi suatu ketika dulu. Yang itu kes ibubapa tidak menghargai anak. Kes lainnya juga berlaku dalam perhubungan adik-beradik, kawan tak hargai rakan, pakcik makcik tak hargai anak-anak menakan, manusia tak hargai alam, manusia tak hargai binatang dan sebagainya hehe... yang penting ia berkaitan dengan manusia. Manusia lah yang diberi hati dan akal oleh Allah. Mengapa tidak mahu berfikir? Nikmat Allah manakah yang kamu dustakan? Kita sentiasa memerlukan untuk meneruskan kehidupan. Adalah lebih baik bergantung kat Allah daripada manusia. Betoi tapi kadang Allah salurkan pertolonganNya melalui hambaNya yang lain kepada kita. Siapa kita untuk menidakkan? Oleh itu mai la kita sesama belajar mengucapkan terima kasih sambil senyum kat orang yang membantu kita. Kat pokok tempat kita berteduh pon kita senyum dan cakap terima kasih. Kat batu tempat kita bersandar pon kita senyum dan ucap terima kasih. mana tau kot-kot time la pulak malaikat catit senyuman paling ikhlas pernah kita beri dalam hidup. Pappp!! buleh masuk syurga. Sapa tau? Kita bukan Tuhan. Dan jangan buat qeja Tuhan pon. Sebab tulah kita selalu letih dalam hidup sebab kita dok sebok nak buat qeja Tuhan kan! Siapalah kita nak menyelesaikan qeja Tuhan... tak larat tuuu...

Kita biasanya bersyukur bila dapat rezeki. Rezeki selalunya kita tafsirkan sebagai duit, harta, pangkat dan rupa. Tudia betapa singkatnya pemikiran kita kan! Tak kata orang lain la ku yang bercakap ni pon sama naiknya hehehe... Bak kata Sheikh Sya'rawi, harta tu salah satu juzuk ja dalam rezeki, rezeki ada banyak, ada rezeki sihat, rezeki anak, rezeki makan, segala nikmat yang Allah beri tu semuanya rezeki. Dan bukan harta satu ja yang dikatakan rezeki. Oleh itu kenalah kita carik ilmu kalau nak tau pasai semua ni. Kalau dok saja, mana ilmu nak mai samalah macam rezeki. Sampai bila-bila pon ilmu kita takkan cukup, sebab lagi banyak kita belajar lagi banyak kita tau dan lagi banyak kita tak tau. hehehe pening kan! yalah lagi tau, lagilah banyak soalan yang kita nak tanya. Jadi tulah maksudnya lagi banyak kita tak tau kan kan kan...
Tapi kita tetap jugak kena carik ilmu sebab Ustaz Pahrol Juoi kata, ada orang buat dosa seminit, ada sejam, ada yang buat dosa 2 minggu, 4 bulan, 8 tahun, tapi ada orang buat dosa selama-selamanya... Iaitulah orang yang tidak mahu mencari ilmu meskipun dia tidak tahu. Perghhh... ada berani buat dosa selama-lamanya?? tak dapat beb! itu cari nahas namanya. Bukannya susah pon. sekarang ni merata masjid kat lembah klang ni ada kuliyah, tak maghrib, subuh, takpon lepas isyak. Tak pon event merata orang buat. Kalau kat bukan kat Lembah Klang pon, boleh tengok streaming live online walaupon tidak berada ditempat kejadian. Haa apa lagi mau? Senang banyak dah la ni. dulu takpalah pakai mesin taip, mana leh kluaq gambaq kan. sekarang henpon dah boleh tengok dah. Antara ada wi-fi ka dak la kan?! kehkehkehkeh kalo takdak p carik kedai wi-fi free...

Bercakap punya bercakap dah sepelaung dah ku tulis sesambil buat qeja, sat-sat berenti hehe bila sambung balik tu yang jadi panjang berjela tu hehe... sudahlah!

Nanti kita cerita lagi na.. ni kira bercakap dalam hati macam sinetron Indonesia hahaha orang tak dengaq tapi buleh tengok. canggih kan! hahaha

Sekianlah dulu rancangan kita Sekepok Tiga... hehehe haizz satgi orang kata cetak rompak plak! hahaha

Wassalam ~


2 comments:

Unknown said...

membebel yg bermakna~sila bebel lagi yer cekgi. terima kasih (hee smbil tersenyum)

Tea Dean said...

hahahaha betoi ka lagu tu? ish ni rasa seronok ni nak membebel..hahaha err agak2 buleh jadi cikgi dak?