Tuesday, September 8, 2009

Hadis Sahih Muslim - Bab Wasiat 1610

Dari Humaid bin Adurrahman Al Himyari r.a., dari tiga orang anak Sa'ad yang semuanya menceritakan kepada Huma'id tentang bapa mereka bahawa Nabi SAW datang mengunjungi Sa'ad(30) ke rumahnya di Makkah, lalu Sa'ad menangis. Nabi SAW bertanya, "Mengapa engkau menangis?" Jawab Sa'ad, "Aku khuatir akan meninggal di negeri (Makkah) yang aku telah hijrah daripadanya, sebagaimana halnya kematian Sa'ad bin Khaulah." Lalu Nabi SAW berdoa, "Allahhumma isyfi Sa'dan!" (3x)(31) Kemudian Sa'ad bertanya, "Ya, Rasulullah! Aku mempunyai harta cukup banyak. Sedangkan yang akan mewarisi hartaku itu hanya dua orang anak perempuanku. Bolehkah aku mewasiatkan seluruh hartaku itu?" Jawab baginda, "Tidak boleh!" Lalu tanyaku, "Kalau seperdua?" Jawab baginda. "Tidak boleh!" Lalu tanyaku lagi, "Kalau sepertiga?" Jawab baginda, "Sepertiga pun masih terlalu banyak. Sesungguhnya harta yang engkau sedekahkan pasti mendapat pahala. Sekalipun yang engkau belanjakan untuk keluarga dan yang dimakan isterimu. Jika engkau tinggalkan keluargamu dalam keadaan baik (kaya), itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka menadahkan tangan meminta-minta kepada orang ramai."

No comments: