Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 1431H! Ma'al Hijrah 1431H! Bonne Année 1431He

Sempena menyambut tahun baru Hijrah 1431, Masjid Putra, Putrajaya telah mengadakan bacaan Yasin diikuti dengan ceramah yang telah diberikan oleh Dr M. Azizan Ahmad. Aku sebenarnya tak berapa pasti tajuk ceramah berkenaan namun intipatinya berkenaan menjadikan Tahun 1431H sebagai tahun berkasih sayang. Memulakan ceramah beliau dengan keadaan realiti ukhuwah atau perhubungan diantara umat Islam diMalaysia khususnya dan diseluruh dunia amnya, Dr. Azizan mengambil contoh drama-drama tv yang disiarkan hari ini. Rata-ratanya mengenai hiburan, keseronokan, persengketaan, perebutan pangkat, hasad dengki, perbuatan sihir, kehidupan mewah, pergaulan bebas, seks luar nikah, dan sebagainya. Hinggakan cerita itu bukan sahaja berlaku didalam drama atau filem, malah membawa ke dalam kehidupan seharian. Apabila asyik dengan televisyen, maka solat kita abaikan, konsep kejiranan menjadi konsep nafsi-nafsi @ sendiri-sendiri, kasih-sayang sesama insan bercambah menjadi hasad-dengki sesama insan lalu berleluasalah fitnah, kalau tidak melalui umpatan di pejabat atau kedai kopi, sms pun boleh, tak cukup sms, masuk televisyen, blog dan sebagainya. Ia bukan sahaja berlaku dikalangan kita, orang kebanyakkan sahaja malah dikalangan institusi masjid, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, tok-tok imam, bilal-bilal, pemimpin-pemimpin tertinggi, dan seluruhnya juga. Jadi bagaimana Islam hendak menjadi contoh, dahulunya Islam meniti dibibir-bibir orang bukan Islam pada zaman Rasulullah apabila orang-orang Ansar yang tidak pernah mengenal orang-orang Muhajirin bersatu menjadi satu. Bagaimana dahulu orang Islam berjaya dan orang mengatakan Islam itu bagus tetapi sekarang tidak? Adakah ajarannya berbeza? tidak juga! Maka, kesimpulannya ialah, Islam itu bagus tetapi orang yang berada di dalam Islam itu tidak bagus. Bagaimana hendak berjaya? Maka bukan salah Islam tetapi salah penganutnya yang tidak mengamalkan ajarannya. Umat Islam hari ini malas mencari ilmu, kalau rajin pun ia hanyalah untuk kemajuan diri sendiri. Sifat mementingkan diri-sendiri memang sudah tidak dapat disangkal lagi. Dr. Azizan ada menceritakan bagaimana seorang kawannya yang tinggal Shah Alam setelah kematian ibunya dirumahnya, tiada jiran-jiran yang datang membantu kerana kiri-kanan tembok rumah tinggi-tinggi belaka, hendak dipanggil, tidak dengar, hendak diketuk rumahnya, kena tekan loceng berkali-kali baru pagar setinggi 2 meter nak terbuka. Akhirnya, jenazah ibunya terpaksa di bawa ke masjid Shah Alam yang agak jauh dari rumah untuk disempurnakan. Itu cerita mengenai kejiranan, tak masuk lagi cerita mengenai perbalahan diantara tok-tok imam yang berbalah antara satu sama lain kerana berebutkan elaun RM435. Mengucap panjang aku.... DrAzizan juga kata mengapa Palestin diganyang oleh Israel, sebab itulah juga. Mengapa Iran dan Iraq bergaduh sebab itulah juga, mengapa kita bergaduh?? sebab itulah juga.....

Oleh itu apabila sesiapa bertanyakan:
1) Bagaimana cara kita hendak mengatasi masalah ini? Jawapnya kita kena bersihkan hati
2) Bagaimana kita nak bersihkan hati? jawapnya kita kena ikhlaskan hati.
3) Bagaimana kita nak ikhlaskan hati? jawapnya, nak ikhlaskan hati semua orang kena mempunyai satu sahaja tujuan dalam hidup ni, iaitulah kerana Allah Ta'ala. Bila semua orang punya satu tujuan maka, kita tidak bergaduh. Kita bergaduh kerana tujuan kita tidak sama, ada yang kerana harta, pangkat, iri hati bak kata orang tujuan yang berselerak, maka berteraburlah kita. Bila kita sayang Allah, maka kita akan sayang makhluk-makhluk yang diciptakan Allah lalu terbinalah ikatan ukhuwah yang hebat.
4) Bagaimana kita nak bina ukhuwah dan ikhlaskan hati? Jawapnya kita kena kembali kepada Islam. Kaedah pembinaan ukhuwah yang terbaik ialah solat berjemaah. Sebab itu pahala berjemaah lebih banyak daripada solat bersendirian.

Ingatlah kita hidup didunia bukan berseorangan. Permulaan tidak penting, yang penting pengakhiran. Paling tidak ingatlah, kalau kita tidak mengasihi adik-beradik kita, saudara-saudari kita, jiran kita, esok bila kita mati nanti, siapa yang akan menguruskan kita, kerana pada masa itu kita hanyalah satu jasad yang kaku.

Suka aku mengingatkan diriku dan korang semua:

Bersihkan lah diri mu sebelum kamu di mandikan,
Berwudhuklah kamu sebelum kamu di wudhukkan
Dan solatlah kamu sebelum kamu di solatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu dititup dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletakkan dia atas lantai,
lalu dilaksana kan solat jenazahdengan empat takbir dan satu salam,
berserta fatihah,selawat,dan doa
sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah
tapi,apakah empat kali takir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujud yang telah ditinggalkan?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru aku menyeru sekelian muslimin dan muslimat,
Usunglah dirimu ketikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahat ,menjadi makanan cacing dan mamahan ulat
Iringlah dirimu kemasjid,
Sebelum dirimu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosa mu di dunia,
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa
Sucikan lah dirimu sebelum dirimu disucikan,
sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan izrail yang menakutkan ,berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diisthighfarkan
namun ketika itu ishtifar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada kamu tetap memijak bumi tuhan
Dan di bumbungi dengan langit tuhan serta menikmati rezeki tuhan
Justeru, bila dia menyeru,sambutlah seruannya.
Sebelum dia memanggilmu buat kali terakhirnya
Ingatlah kamu dulu hanyalah setitis air yang tidak beerti
lalu menjadi segumpal darah lalu menjad seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu,
tetapi allah mengangkat mu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat,
lahirmu bukan untuk dunia tapi gunakan lah ia untuk melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan hayyaallahsallah
Dengaan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan hayyaallahfallah
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan guna kembali ke pangkuan Tuhan

No comments: