Thursday, February 26, 2009

Geng: Pengembaraan Bermula... Penampilan IStimewa Upin dan Ipin

Mak aii... pertama kali dalam sejarah aku tengok orang ramai berpusu-pusu pegi panggung wayang nak tengok wayang. Bukan saja keluarga malah pasangan kekasih, geng-geng bujang dan solo, semua turun untuk menyaksikan filem animasi pertama Malaysia ni. Tahniah kepada semua ahli kumpulan Les 'Copaques. Tak sesia korang kurang tidor malam, malah disebabkan dahsyatnya sambutan kat korang memang lagilah korang takyah tidor langsung hehehe!! Tak pepasal watak Upin, Ipin, Rajoo, Kak Ros, Uncle Muthu, Tok Dalang, Opah, Ah Tong, Singh, Pak Mail dan oppss Lim dan Badrul skali menjadi popular dan bualan dari kanak-kanak sampailah ke orang-orang veteran... hehe

Aku sangat menyokong usaha Les Copaques untuk mewujudkan karakter kartun dari Malaysia untuk Malaysia. Sekurang-kurangnya mereka ini menyemarakkan kembali dunia kartun kita yang semakin ditenggelami oleh animasi-animasi dari Jepun, Barat, Korea, China dan pelbagai negara lagi. Dulu kita ada karakter-karakter yang dipelopori oleh Pakcik Jaafar Taib, Zainal Buang Hussein, Ujang, Manggis, Lat dan sebagainya. Namun setakat ini, hanya Datuk Lat dan kartunis Keluangman saja yang berjaya mengembangkan kartun mereka ke layar televisyen. Yang lain-lain tu ada potensi tapi entah kat mana silapnya mereka masih lagi berada di era majalah sahaja. Tapi aku percaya lepas ni mesti industri kartun kita meletup, sekurang-kurangnya kanak-kanak Malaysia tidak lagi mengagungkan kartun-kartun luar.

Aku ingat lagi zaman aku, kartun yang popular Tan Tin Tun, 3 Dara Pingitan, Aku Budak Minang, Gelagat Kota (kat sekabo Utusan), Jibam, Lat (tu pon kat kalender), Kurma Untuk Anita, Professor Serba Tahu, Blues Selamanya, dan banyak lagi. Masa tu Majalah Gila-Gila paling mantop lah! Pastu diikuti era Majalah Ujang, Lanun, Utopia, dan sebagainya.... Pastu aku dah malas nak ikut sebab karakter-karakter kartun malaysia dah hilang. Aku dah jadi bohsan...

Dengan kedatangan Upin & Ipin ni, aku harap industri kartun negara akan kembali berkembang sehingga ke arena antarabangsa. Betol! Betol! Betol!

1 comment:

anna zue said...

Betul..betul...betul....camana muka ko tea...ada lekat dekat katun tu....