Seperti kebiasaan dan yang aku ketahui, Tok Det pasti tidak akan melepaskan peluangnya mengimarahkan masjid Putra. Aku pasti sayang beliau terhadap Putrajaya sama seperti yang aku rasai. Aku sayang nak tinggalkan masjid Putrajaya tu pada orang luar yang bercendul-cendul masuk untuk solat hari raya. Entah dari mana.. tiba-tiba meneru datang. Ada yang dari Indonesia, negara-negara Arab, Bangladesh, Eropah, India, China, Afrika dan bermacam-macam lagi. Masing-masing memakai pakaian tradisional masing-masing. Yang pelik, yang berwarna-warni, macam-macam lagilah. Ada juga aku lihat memakai baju melayu walaupun mereka bukan orang tempatan ;) Mungkin tertarik dengan budaya kita, aku kagum.
Seronok bercampur-baur sedih dan macam-macam perasaan ada melihat pelbagai gelagat manusia. Islam itu sedunia. Islam itu universal tak kira dari mana dan siapa pun kita. Tok Det masuk bersama-sama orang ramai. Tidak ramai yang perasan Tok Det yang memakai baju melayu dan sampin merah jambu. Namun begitu, aku tetap kenal dan perasan Tok Det dek kerana saban tahun aku bersembahyang sunat hari raya di situ ;) Aku tau Tok Det pasti datang. Sebab Tok Det cakap serupa bikin.
Sesudah habis sembahyang, orang pakat mengerumuni Tok Det yang kebanyakkannya orang luar. Sudah dijangka... seperti tahun-tahun sudah... Kadang aku terfikir, sebenarnya Tok Det ni pemimpin mereka kah atau kita? Orang kita seperti tidak menghargai Tok Det kebanyakkannya. Sepertinya Tok Det ni sumbangannya setakat membantu membuang kayu dijalanan yang menghalang lalu-lintas saja. Aku pun tak faham... Orang melayu ni fe'elnya kalau orang tu dah tiada atas muka bumi ni barulah nak ni beri anugerah pastu baru nak dikenang-kenang. Kenapa waktu orang tu masih ada lagi tak mau mengenang? Lepas tu tokoh-tokoh yang berwibawa dan alim ulama ni jarang nak diingati sangat pun... itulah fenomena-fenomena akhir zaman. Mintak dijauhkan kita menjadi orang yang termasuk di dalam golongan itu. Amin!
Aku adalah ambik sekeping dua gambar Tok Det yang mana sempat. Iri hati jugak aku tengok bangsa asing saja dok sibuk mengerumuni Tok Det tu hehehe.... Maaf Zahir ye!





No comments:
Post a Comment