Sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan bahasa, dan tulisan Melayu, aku tampilkan tulisan jawi yang telah di"khat"kan sikit-sikt yang mana termampu... hehehe... Aku tak tahu apa yang boleh Aku sumbangkan kat bahasa Melayu harap dapatlah kiranya diterima salah satu dari bakatku. Aku suka baca suratkhabar jawi, dulu ada tiap-tiap hari tapi sekarang dah seminggu sekali sebab sambutan tidak menggalakkan ;( Sayang sekali tulisan ini semakin dilupakan. Sudahlah ia merupakan suatu khazanah terpenting bagi kita untuk menggali semula sejarah negara kita. Aku sayang bangsa dan negaraku. Begitulah, semakin maju negara semakin hilang identiti bangsa. Memang benar kata Hang Tuah, Takkan Melayu Hilang di dunia. Bangsanya tak hilang tapi identitinya hilang. Sedihnya.... Namun begitu, ia boleh dimartabatkan kembali dan aku dan kitalah yang akan memartabatkannya. Kalau bukan kita siapa lagi? Perjuangan masih belum selesai, malah ia baru saja bermula. Setiap kali aku dengar puisi Tok Det dinyanyikan oleh Nora atau dibacakan di IKIM.fm aku sebak... sebut saja pon dah sebak kerana aku sememang mendalami dan menghayati bait-bait yang ditulis oleh Tok Det bukan sebab Tok Det tapi kerana aku mengenangkan bangsa aku sendiri. Tak perlulah aku beritahu apa kena dengan bangsa aku iaitu bangsa Melayu, korang boleh tengok dan nilai sendiri. Aku kesal, puisi tu orang abadikan saja sebab ia tulisan Tok Det tapi tiada siapa yang nak kaji bait-baitnya dan bertindak untuk menyelesaikan permasalahan yang diutarakan dalam puisi tu. Jadi takpalah, sebagai langkah permulaan, aku mulakan dulu... Memula sekali aku sumbangkan lirik lagu yang ditulis oleh sahabatku Pot Amir (Radiostar) dan kawan-kawannya. Dia ni dulu ahli kumpulan Innuendo, yang pernah popular dengan lagu-lagu seperti Belaian Jiwa, Selamanya, Tidurlah Sayang, Only Dancin' dan banyak lagi. ;) Sekarang Radiostar pon dah keluar dengan EP ke-2 dorang. Korang tengoklah link website dorang kat sebelah kanan blogsite ni. Oh! Sebelum terlupa, dalamilah bait-bait puisi yang biasanya menyedihkan aku bila membacanya:
Perjuangan Yang Belum Selesai | | | |
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan Bukan kecil langkah wira bangsa para pejuang kemerdekaan bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaan Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita Tugas kita bukan kecil kerana mengisi kemrdekaan rupanya lebih sukar dari bermandi keringat dan darah menuntutnya Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan, mengangguk dan membenarkan, kerana sekalipun bangganya negara kerana makmur dan mewahnya, bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka? Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap, menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang? Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera menjajah dunia yang tak dikenal Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian? Di manakah silapnya hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri? Apakah angkara penjajah? Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita bukan sekadar memerdeka dan mengisinya tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan buat selama-lamanya Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya Dr Mahathir Mohamad Mei 1996 |
2 comments:
" zaman dah berubah..dunia dah maju"
weh lawo tulisan khot ko..boley geng dgn imad :D
hehehehe...zaman memang dah berubah dan dunia memang dah maju dan akan terus maju.... tapi... bangsa tu tetap nama Melayu ;)
Post a Comment