Saturday, March 9, 2013

Majalis Ilmu

Semenjak dua menjak ni entah mengapa (ceeewahh) daku sangat berkenan menghadiri majlis ilmu Darul Murtadza kat Masjid Muadz Bin Jabal kat Setiawangsa. Majlis ni diperkenalkan kepadaku oleh sobatku POt Amir ahlul band Innuendo dulu. Yang pemes dengan lagu Belaian Jiwa dedulu tuu... Memula masa dia bagitau pasai majlis ilmu ni, ku kaget gak... dalam hatiku dok berkata "ishh Pot ni biaq betoi, dia nasihatku supaya tidak terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang tidak bermanfaat. Ni apa pulak Habib ni, tak penah dengaq pulak geng Habib ni" Almaklumlah sekarang ni macam-macam ajaran sesat. Yalah kita pon risau gak, hehe dia risau ke kita, kita pon risau ke dia. Dah setahun kot, Pot ajak join tapi ku maleh nak pi hehehe... tetiba awal tahun ni hatiku terbuka untuk join majlis ini.




Alkisahnya bila sampai, ku terpegun dengan penjelasan Habib Ali ini. Ku akui la memang Habib Ali ni agak segak hehehe tapi bila dengaq beliau menerangkan tentang sesuatu, pandangan dia tu memang kena bertepek-tepek atas batang hidung yang tak mancung ni. Teruih la lupa habih pasai kehenseman beliau. Sebelum Habib Ali, banyak jugak ustaz-ustaz yang menarik perhatianku contohnya Dr. Zulkifli Muhamad Al Bakri, Ahmad Shugairi, Sheikh A'ala, Dr Zaharuddin Abd Rahman, Dr Zahazan, Prof Dr Muhaya, UStazah Norhafizah Musa, Dr Rubiah, Dr Zakir Naik, Ustaz Haryanto Rokman, Sheikh Nuruddin, Ustaz Muhadir Hj Joll, Sheikh Frederick, Sheikh Suhaib Webb, Dr Jamnul Azhar Mulkan, Ustaz Badlishah Alaudin, Ustaz Ghazali, Ustaz Haslin, Ustaz Hasnil, dan banyak lagi, tak tertulis kat sini...

Dan akhirnya ku dah jatuh cintan dengan majlis ilmu ini. Darul Murtadza ni tetiap hari Jumaat saja, hari lain daku masih lagi setia dengan masjid negeri ka, masjid Al Falah ka, Surau Al Madaniyah USJ ka, atau memanalah yang sempat sampai. Tiada istilah tempat sepesipik na... hehe kita terjah memana yang sempat. Yang penting kita doa kat Allah supaya diberi ilmu yang bermanfaat, Takdak orang yang boleh lindungi kita dari perkara apa pun kecuali Allah....

Insya Allah kalu berkesempatan, daku akan cuba menulis ilmu yang kudapati dari majalis ilmu yang dihadiri atau didengari di IKIM.fm kat blog ni... dok cuba cari masa ni hehe masa tu ada cuma diri sendiri tak pandai mengurus masa. hehe...

Sekian, adios amigos