Wednesday, July 30, 2008

Pada Senyummu.... Satu....

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan bahasa, dan tulisan Melayu, aku tampilkan tulisan jawi yang telah di"khat"kan sikit-sikt yang mana termampu... hehehe... Aku tak tahu apa yang boleh Aku sumbangkan kat bahasa Melayu harap dapatlah kiranya diterima salah satu dari bakatku. Aku suka baca suratkhabar jawi, dulu ada tiap-tiap hari tapi sekarang dah seminggu sekali sebab sambutan tidak menggalakkan ;( Sayang sekali tulisan ini semakin dilupakan. Sudahlah ia merupakan suatu khazanah terpenting bagi kita untuk menggali semula sejarah negara kita. Aku sayang bangsa dan negaraku. Begitulah, semakin maju negara semakin hilang identiti bangsa. Memang benar kata Hang Tuah, Takkan Melayu Hilang di dunia. Bangsanya tak hilang tapi identitinya hilang. Sedihnya.... Namun begitu, ia boleh dimartabatkan kembali dan aku dan kitalah yang akan memartabatkannya. Kalau bukan kita siapa lagi? Perjuangan masih belum selesai, malah ia baru saja bermula. Setiap kali aku dengar puisi Tok Det dinyanyikan oleh Nora atau dibacakan di IKIM.fm aku sebak... sebut saja pon dah sebak kerana aku sememang mendalami dan menghayati bait-bait yang ditulis oleh Tok Det bukan sebab Tok Det tapi kerana aku mengenangkan bangsa aku sendiri. Tak perlulah aku beritahu apa kena dengan bangsa aku iaitu bangsa Melayu, korang boleh tengok dan nilai sendiri. Aku kesal, puisi tu orang abadikan saja sebab ia tulisan Tok Det tapi tiada siapa yang nak kaji bait-baitnya dan bertindak untuk menyelesaikan permasalahan yang diutarakan dalam puisi tu. Jadi takpalah, sebagai langkah permulaan, aku mulakan dulu... Memula sekali aku sumbangkan lirik lagu yang ditulis oleh sahabatku Pot Amir (Radiostar) dan kawan-kawannya. Dia ni dulu ahli kumpulan Innuendo, yang pernah popular dengan lagu-lagu seperti Belaian Jiwa, Selamanya, Tidurlah Sayang, Only Dancin' dan banyak lagi. ;) Sekarang Radiostar pon dah keluar dengan EP ke-2 dorang. Korang tengoklah link website dorang kat sebelah kanan blogsite ni. Oh! Sebelum terlupa, dalamilah bait-bait puisi yang biasanya menyedihkan aku bila membacanya:

Perjuangan Yang Belum Selesai PDF Print E-mail

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara


Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?

Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr Mahathir Mohamad
Mei 1996


Monday, July 28, 2008

Small world but BIGGER picture....

I've read Tok Det's article in his blog just now titled "The Country We Love". The title is so simple but yet contained a deep meaning. Tok Det that I've known is a very discreet person. He study things to the details before he acts on it. He's an analyzer and very observant. He's not a talkative person but friendly. That's why he became a doctor, I guess. I adore him so much that when I was a little girl, I dream to be a prime minister of Malaysia one day. My teacher, my friends, my mom, my sisters, my dad's friends used to tease me with my BIG ambition when I filled up my "kad kuning" during my primary school. But I just kept quiet. However in silences, Tok Det, my dad and my mom were my benchmarks in everything I do. As I grew up, my ambitions change parallel to my hobbies. Surprisingly now, I work in an industry that contradict to my ambition, my hobbies and passions LOLL seriously funny. Maybe I am not hardworking enough or this is my destiny. I am not blaming my destiny though. For me if there's a will there is always a way. Sooner or later, we still have that chances, it is up to us whether we want to make it happen or not. One thing I've learn in the past that it was true when people said, "iman tidak dapat diwarisi" of in English, "faith can't be inherited" from your parents or anybody else. It's not in your blood or chromosome. Same goes to talent. It's you who take charge of yourself and tell the world who you are and act accordingly. Even how hard I try to be like Tok Det, I can never be him, or my dad' or my mom.... I'm just me, plain me. What I can do is bringing out the hero inside of me. Whoa!! I'm almost out of topic now LOLL

Tok Det wrote the article of The Country We Love in point form which I very much like. It's better than in an essay form (duhh.. like what I'm doing now!). He wrote it in sequence, and very careful. The last 2 points really captured my eyes and they were:

33. Today Malaysia is more prosperous than the other countries which attained independence together with us. There is not a single race, not a single person, whatever may be his or her station in life who can honestly say that he or she has gained nothing from the independent Governments of Malaysia.

34. We are all the beneficiaries of the policies of those early people who lead this country. The systems and policies they initiated were excellent. If they seem not to work today it is not because they were bad but it is because we do not have their caliber. We have become very selfish and too materialistic. This country has given us much. Is it still the country we love? I wonder!


Those are the phrases that really open up my eyes and had me to rethink of the way I look at life. All these while, I am so self-centered. I study, I learn, I gain, I pray, I improve, I improvise only for me, my family, my friends in my comfort zone alone. Never a bigger picture than that. Never I make effort to help others in other states, countries or part of the worlds. I made a mistake and am tumbling down now. It hurts me but I've learn something precious today and will continue to search for new one in days to come. All these while, I don't give a damn to that kind of article because I thought they were for the expert to digest and interpret. I never understand what those economic terms mean. And I don't bother to learn. But now I know that I must learn. As long I live in this world, learning is part of me. Life is what you choose to be. Thank you Tok Det! I must work for myself, no one else.... no one else.....

Yesterday is a history

So let us check today how many activities that I've done completely well yesterday. I surely wash my clothes but unfortunately the weather wasn't so clear ;( So how should we say this, FAIL of course. I've swept my floor and successfully rearranged my room and cleaned up the dust. So it is a success. I've washed the dishes, and cooked something to fill up my stomach, I've watered my mom's going-to-die plants and flowers, I've cleaned up the toilet, but I haven't fold up my clean clothes because I've spent too much time spring cleaning my room ;p And I didn't get a chance to wash my car. But no worry, I will wash it myself and won't send it to car wash outlet hehehe.... Because oil price is shooting up, I won't spend my money just like that. Unless it is something out of my reach. Furthermore, I have more plans coming up for myself sometimes early next year and maybe end of next year... Hehehehehe Hepp!! Guessing is not allowed!! LOLL

Am going home now... Am at the office at the moment. Stealing some times to write in my blog. Shhh....

Sunday, July 27, 2008

Sunday 27th July 2008

This morning, I am so lazy to wake up... I had a good night sleep last night ;) While rolling in bed thinking what am I going to do today so that I will benefit my day, I am listening to my favorite songs from my MP3 which is amplified by my Logitech speaker and woofer. I feel so relax.... while listening to Taufik Batisah's song, "I dream... I dream....There's a time in my life when the odds are so against you...."
Suddenly, i noticed my piles of clothes at the corner of my room then I realized, I have loads of chores to be done hehehe.... D'abord, need to start with my clothes, then sweep the dusty floor, then clean up my messy room, tidy up the living hall, wash the dishes, cook something for my empty hungry stomach, folding up my clean clothes then rearrange stuff and throw rubbishes.......Whoaa!!!!! Actually there are loads of things to be done when I thought there was nothing!!! LOLLL Okay, gotta go and do it now before the sun starts to go home and leave my wet washed clothes... Hehehehe And owh! I need to water my mom's thirsty flowers and plants too! See ya!

Saturday, July 26, 2008

Birukah langit diseberang sana??




Art of God I






who can ever deny the art of God.... The beauty cannot be described by word but only to be understood. Take your time and look....

My Latest Shot: Skies are the limit






Ahh... the skies are not only white, but also grey and blue....

My latest Shot:: The greatest art of all





The scenery of beautiful Malaysia during sunset.

MOnolog aku & Tuhan: Subhanallah hi wabihamdih, subhanallah hil 'azim



Sejak kebelakangan ni, aku rasa diri aku lain laaa... Namun aku bersyukur sebab Tuhan masih dan selalu sayang kat aku walaupun aku selalu melupakan Dia. Diulang SELALU. MEmang teruk aku ni... Namun begitu, terima kasih Tuhan sebab walaupun aku begitu dan begini, Engkau masih nak memakbulkan doa aku. Aku malu dengan Kau Ya Allah! Memang aku ni tak malu sungguh. Namun begitu, aku tetap mohon dengan Engkau supaya jangan tinggalkan aku dan terus memberi petunjuk kat aku supaya aku tak sesat. Aku percaya denganMu, sungguh aku percaya!! Walaupon ada sesetengah orang tu tak percaya,walau dia menunaikan kewajipan dia tapi dia tak percaya. Aku pon tak faham.... Mungkin kerana ia suatu kewajipan maka dia buat atau mungkin kerana orang lain buat dia pon buat tanpa memahami kenapa dia perlu buat. Lalu tanpa disedari dia tidak peduli nikmat-nikmat yang Engkau berikan kat dia dan tidak bersyukur. Lalu dia menyakiti hatinya sendiri dan orang lain..... Aku pon suatu ketika macam tu, aku tak salahkan mereka.... namun aku nak berubah dan aku berdoa agar mereka tu pon diberi hidayah jugak. Tapi mungkin jugak ia salah satu ujian buat aku dan mereka ini. Jika memilih untuk hanyut, maka akan begitulah kita, aku memilih untuk berubah dan aku harap Allah akan bantu aku dan sememangnya Dia bantu.... ;) Alhamdulillah......... Terima Kasih Allah! Terima kasih ya Rasulullah...

Friday, July 25, 2008

Keseronokan Bulan Rejab... JomRejab!

Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda,

"Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :

"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi,

lalu saya bertanya pada Jibril as

"Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as

"Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ni."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt.

Lalu saya bertanya kepada beliau

"Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi

"Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur."

Tsauban bertanya

"Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau

"Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


Tuesday, July 22, 2008

Annual Report cover gurl!!

Hari ni, 22 Julai 2008, aku rasa bertuah sangat sebabnya pagi tadi tetiba member aku call suruh aku pegi photo shoot untuk cover annual report company kitaorang. Tergamam gak aku dengar, pehal plak aku ni plak dipilih jadi sedangkan sepanjang beberapa tahun dah aku keje kat situ takdeplak dorang penah terpikir nak mengkaverkan aku sebelom ni hahaha.... LAwak betol! Tapi takpe aku pegi gak ngan sorang kakak opis aku sebab dia pon turut tercalon hehehe... Dengan memalu kucingnya kitaorang berjalan lah menuju ke destinasi. Sesampai kat sana, kitaorang tengok bos-bos je ramai. Kitaorang kecut perut gak, yelah pesal plak ramai benor bos ni hehe... kitaorang ni kuli-muli jek... nak naik pangkat ke hape hehehe... tapi tak kesahlah, kitaorang pon berkecimpunglah dengan dorang. Dipendekkan citer, tengah kitaorang berborak menantikan arahan fotografer tu, tetiba muncullah sorang mamat yang tinggi lampai lagi hensem. Aku pon cakap kat kakak opis aku tu, "Eh cam kenal jek mamat ni, tapi kat mana ek penah tgk dia?" Rerupanya, dialah Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan Malaysia yang pertama tu. Terkejut kitaorang tgk dia kat situ, pe kena-mengenanya ngan foto shoot tu aku pon tak tau dan takmo ambik tau hahaha yang penting dia ada kat situ. So aku dengan sopan santun sound la bos kat depan aku suh tepi sikit, aku tak nampak mamat tu, skali bos tu sound aku balik dengan kuatnya, "Awak niii giler glemer betol lah!!", Hampeh betoi!!!! Malu aku! Aku tak tau orang dengar ke tak tapi memang hampeh lah!! Rasa cam nak bagi dia makan jek kasut aku masa tu hehehe tapi takleh sebab ramai tu orang campur ngan Dr. tu so aku decide utk diam jek... Dengan tetiba fotografer cakap, " Dato' could you please stand in the middle?", so mamat tu jalan la ke tengah, yang mana lokasinya adalah disebelah AKU!!!!!!!!!!!!!! Terpaku bos yang menge"sound" aku tadi. Tu la sekarang Tuhan tak main la tunggu-tunggu, Dia balas cash. Kecepuk depan muka! Dah masa tu aku pulak lembut lutut hahahaha.... Tapi ok Dr tu cool la... So aku pon lek lek je la... ;p Dan foto shoot tu berjaya lah disiapkan dalam masa yang agak singkat sebab nak hujan pon lepas tu. Pendek kata, aku puas hati la.. sebab tak penah mimpi pon nak jumpa atau berdiri sebelah angkasawan negara yang tinggi lampai tu. ;) Papepon aku tulah bersyukur gak aku, sebab tak pepasal dipilih untuk bersama-sama menjayakan foto shoot tu! Terima kasihlah kepada ahli komiti yang bertanggungjawab. You know who you are! And for Oncle Bwob Dewan, thanks for the jokes! We miss your jokes Bwob back there in our office ;) Ohh... gambar ni untuk tatapan bersama..



Yayasan Al-Jenderami

2 minggu lepas, aku telah diajak oleh sorang member baik aku untuk dengar ceramah kat satu tempat ni, area Jenderam. So aku pon ikut lah, niat di hati tu nak ubah lah sikit halwa telinga yang asyik dengar lagu je... 24/7 tu! Memula tu cuak gak, pasal jalan nak ke situ cam gelap almaklumlah malam la katakan pastu ke dalam plak tu! Memula aku terdetik dalam hati, biar benar kawan aku ni, ntah memana dia nak bawak aku ni, harap-harap bukan ke tempat yang tak betul la.... Sekali sampai.... Perghh aku kagum la tengok penempatan kat situ. Aku segan nak ambik gambo bebanyak sebab orang ramai dan takut kena marah plak kang! Hahaha... Ada la dengar ceramah pastu sembahyang Isyak dan diikuti makan dalam talam. OK la makan dalam tu sebab aku duduk ngan member aku ngan kakak dia. so takde masalah sebab dengan orang kita kenal kan... Kalau tak kenal tu segan gak ;p Walaupun aku tak berapa paham intipati ceramah tu, sebab dia citer ikut kitab, pastu cam kitab lelama kan, tapi aku kagum la, kat situ facilities boleh dikatakan cukup lengkap la. Ada butik, kedai, siap masjid, rumah sumer kat situ. Pastu lantai sumer tiles dan diturap elok. Member aku kata dia ada website dia. Aku pon tak tengok lagi. Tapi aku ada la sepatah dua keping gambo yang sempat aku snap. Tengoklah!


Masa dengar ceramah, ni kat luar dewan muslimah
Masa makan bertalam...
Ni tgh bernasyid apa ntah, sume berdiri...
MAsa makan gak ni...

Saturday, July 19, 2008

My fave lyrics

AT THE BEGINNING (Richard Marx and Donna lewis)
We were strangers, starting out on a journey
Never dreaming, what wed have to go through
Now here we are, Im suddenly standing
At the beginning with you

No one told me I was going to find you
Unexpected, what you did to my heart
When I lost hope, you were there to remind me
This is the start

And life is a road that I wanna keep going
Love is a river, I wanna keep flowing
Life is a road, now and forever, wonderful journey
Ill be there when the world stops turning
Ill be there when the storm is through
In the end I wanna be standing
At the beginning with you

We were strangers on a crazy adventure
Never dreaming, how our dreams would come true
Now here we stand, unafraid of the future
At the beginning with you

And life is a road that I wanna keep going
Love is a river, I wanna keep flowing
Life is a road, now and forever, wonderful journey
Ill be there when the world stops turning
Ill be there when the storm is through
In the end I wanna be standing
At the beginning with you

Knew there was somebody, somewhere
A new love in the dark
Now I know my dream will live on
Ive been waiting so long
Nothings gonna tear us apart

And life is a road that I wanna keep going
Love is a river, I wanna keep flowing
Life is a road, now and forever, wonderful journey
Ill be there when the world stops turning
Ill be there when the storm is through
In the end I wanna be standing
At the beginning with you

Nature inspires me! Say green!!!

J'aime naturel! Because it can nurture your hay-wire mind and soul to peacefulness. Talk no more, have a glance now on nature. Hope it'll bring peace to you too! All pictures are from my lens, only the greenest one is from website.











Mati Hidup Semula

Tadi aku tengok channel Astro Oasis, citer pasal pemenang Jemputan Umrah. Episod kali ni citer pasal sorang mamat ni nama dia Anas Affendi (aku pon tak sure ejaan nama dia ni). Citer dia sadis sunggoh. Dia bekas seorang penagih dadah, pastu family dia apply untuk pergi umrah ngan mak dia ke Mekah. Dia citer la macam mana Si Anas ni tersilap langkah dan terjebak dengan dadah. Dah bergaduh sampai berparang dengan abang dia. Dia pon tak sempat tengok ayah dia meninggal sebab lepas 2 hari ayah dia dikebumikan baru dia balik dari pusat serenti. Kesian dia... Yelah dedulu dia penah ambik barang orang tak cakap so orang selalu la tuduh dan mengata kat dia. Jadi family dia ambik peluang ni hantar dia ke Mekah buat umrah semoga dia sedar. Sedih giler aku tengok rancangan tu. Sekurang-kurangnya dia diberi peluang oleh Allah S.W.T. untuk berubah disamping ibu dia walaupon tak sempat ngan ayah dia skali. Semoga dia berubah dan menjadi insan yang bertakwa. Aku pon sama gak, bukannya betol sangat hahaha semoga aku pon berubah menjadi insan yang bertakwa. Amin!

Host tu kata bukan pangkat, pengetahuan, populariti, ada ijazah ke tidak yang menjadi kayu pengukur ketakwaan seseorang. Sebelom ada citer pakcik ni seorang petani yang tak belajar tinggi pon pegi Mekah dah dia lihat apa yang terdapat kat pintu Kaabah ke atau dalam Kaabah aku tak sure sebab aku tengok dah separuh, dia tak boleh citer apa yang dia nampak yang penting katanya sesamalah kita menigkatkan ketakwaan dengan ikhlas untuk Allah. Kat sapa pon dia tak citer, baik isteri mahupon anaknya. Host tu kata hanya orang yang ketakwaanya tinggi je boleh terima ilmu Kasyf yang tinggi camtu. SubhanaAllah! Ishhh tapi sedih plak, tu la kan kita ham Allah ni tak lepas dari berbuat dosa. Semoga diampunkan dosa kita semua seluruh umatNya dimuka bumi ini mahupon yang sudah beralih alam.... isk...isk.... Amin!

Lupakan yang lama....


Hari ni Sabtu, amboi leganya kalau tiba weekend ni, boleh lepak-lepak kat rumah. Tapi tu la... kadang-kadang satu hari dok rumah boring jugak, almaklumlah tak diisi dengan aktiviti. Kita biasa keje kan ;) So nak buat apa ek hari ni, aku ingat nak pegi berenang... hehehe baik untuk kesihatan tu dol. Tetambah untuk sesapa yang ada asma ke, bronkitis ke... sekurang-kurangnya berenang ni takdelah penat sangat cam berlari ke, senamrobik ke hahaha nak jugak tu carik senaman yang tak penat hahaha... ada ke??? Boleh laa orang kata daripada tak buat kan! Hmmm pagi tadi aku ngan member aku pegi lah berjalan sekitar kompleks sukan kat kawasan kejiranan, nak carik port untuk berenang la katakan, sekali terjumpa lak buaian, alamak! dah lama tu tak main buaian. APa lagi, dengan tidak berlengah-lengah aku dengan member aku hentam main buaian tak ingat hahaha dah berpuluh tahun tak naik tu!!!! Perghhh rasa release tension jap naik buai laju-laju tu hahahaha patutlah bebudak happy jek kalo naik buaian.... BEstnya kalo dapat kembali ke alam kanak-kanak, masa tu happy je apa pon tak pikir, bila besar ni cam susah plak nak cari happy ni kenapa ek??? atau happy tu dah ditukarkan jadi ketenangan sepatutnya? Ishh banyak pulak soalan aku ni. ;) Hmmm... manusia... manusia... napelah asik nak tanya itu tanya ini dan asik tak berpuas hati dengan hidup. Aku pon tak tau gak sebab aku tak tau apa-apa. Bila aku nak tau pon aku tak tau tu pasal agaknya member, si Tok Malim Pelita tu asik masuk dalam baldi jek nak carik diri dia sendiri. Entah dia jumpa ke tak diri dia dalam alam baldi tu. Aku plak tak muat nak masuk lam baldi, mungkin dalam besen boleh kot hahaha.... Oklah makin lama aku tulis makin melalut daaaa... lebih baik aku menyiapkan diri nak jumpa Dia nan Satu tu..... Kekasih awal dan akhir. Apa pon korang jangan lupa doakan yang terbaik sesama kita. God Bless!